Dalam kedinginan, saya terbangun kira-kira jam 4.30pagi. Agak terlewat juga kerana sepatutnya perlu sampai di puncak gunung kira-kira jam 5pagi untuk melihat matahari keluar dari celah-celah gunung. Saya terus bergegas bangun dan mengejutkan wife dan Kak Non. Dalam pukul 4.50 pagi kitorang baru keluar dari hotel dan menuju ke base camp di kaki gunung Sikunir.
Cuaca masih lagi sejuk. Sebaik sahaja sampai, kami pun bergegas mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak gunung. Saya dan wife sudah jalan agak terkehadapan dari Kak Non dan Along semata-mata nak mengejar sunrise view. Maklumlah Kak Non pun sudah berusia lebih separuh abad, dan walaupun tiba agak lewat tapi masih mampu untuk mendaki. Saya tiba di puncak gunung kira-kira jam 5.30 pagi. Masa nie saya sampai dulu kat peak, yang lain kena tinggal sebab lambat. Demi mengejar sunrise terbaik di Asia Tenggara. Layan gambar dulu.
|
Priceless view from Mt.Sikunir |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Golden Sunrise Mt Sikunir as background
Holding The Sun
Kak Non dan Along
Jemput sarapan
Selepas turun dari puncak gunung, singgah sarapan di gerai berhampiran.
Wife order bakmi goreng + kopi panas, manakala saya order tauhu dan tempe goreng + teh herba Purwajeng. Teh Purwacheng ni dibuat dari herba-herba terpilih yang terdapat di Dieng. Nak tahu macam mana rasa teh purwacheng nie kena la datang ke Dieng sebab ia cuma ada di sini sahaja.
Teh Herba Purwaceng khas dari Dieng
Alunan sekumpulan pemuzik
Bergambar dulu selepas turun dari gunung Sikunir
Selfi atas batu.
Kentang Dieng. Sedap.
Melalui deretan kedai-kedai menuju ke kawasan parking
Memang terasa sangat nyaman dengan udara yang sangat segar bila berada di sini. Matahari pun semakin cerah dan meninggi di atas kepala. Kami terus menuruni ke arah parkir kereta untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Selesai di sini kami pun bertolak menuju ke Batu Ratapan Angin yang lokasinya tidak begitu jauh dari gunung Sikunir.
bersambung......
|
0 comments:
Post a Comment