Akhirnya tercapai juga impian aku untuk menjadi seorang jutawan! Tp bukan ringgit, rupiah. Kira okla juga kan. He hee..entry kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku bercuti ke Medan,Indonesia bersama keluarga pada 9~12hb Dec 2011 yang lalu. Percutian yang sudah dirancang sejak 6 bulan yg lepas akhirnya tiba juga. Seronok tak terkata apatah lagi ini kali pertama ingin bercuti di luar negara.
Perjalanan menaiki kapal terbang dari KL ke Medan bagi aku umpama menaiki mesin masa. Mana tidaknya, flight bertolak jam 7.40am dan tiba kira2 jam 7.30am. Kenapa, tak percaya ke? Ok, untuk info korang, waktu di Medan kira2 sejam awal dari Malaysia. Thats why laa...
Ketibaan kami di lapangan terbang Polonia disambut oleh seorang pegawai bersama seekor anjing pengesan dadah. Sampai shj di airport tuorist guide kami Mery sudah menunggu di hadapan pintu keluar airport dgn memegang tag tertulis nama aku. Selepas memperkenalkan diri kami pun terus sahaja ke arah kawasan parking dan menaiki sebuah van utk menuju ke hotel pertama kami di Parapat. Sebelum itu kami singgah utk bersarapan pagi di Rumah Makan Family yang terletak di kota Medan tidak berapa jauh dari airport Polonia.
Selepas menunggu hampir setengah jam akhirnya makanan yang kami pesan pun sampai. Sedap juga nasi goreng dia ditambah pula dengan keropok dan sepotong telur dadar.
Pemandangan biasa penunggang motorsikal(speda) di sini.
SpongeBob di temui di kota Medan!
Perjalanan dari kota Medan menuju Parapat selama lebih 4 jam menjanjikan cabaran yang tersendiri. Dengan keadaan jalan yang tidak begitu baik aku memerhatikan keadaan sekeliling sambil merakamkan gambar2 yg menarik dari kaca mata aku.
Masjid Al Ikhlas di Perkebunan Nusantara yang kami singgah utk solat Jumaat.
Van wokswagen model lama yg masih lagi digunakan
Singgah makan tengah hari di restoran minang di Permatang Siantar
Perjalanan ke Parapat yang jauh dan meletihkan membuatkan aku terlena seketika. Sebaik terjaga aku dapati pemandangan indah dari pinggir tasik danau toba. Keadaan cuaca kelihatan mendung dan suhu pula agak dingin membuatkan aku semakin teruja.
Tiba di Hotel Niagara kira2 jam 4 pm w.i.b. Sementara menunggu untuk check in, aku meninjau2 keadaan sekeliling. Permandangan tasik Danau Toba dari hotel ini memang sangat cantik dan mempersonakan.
Pemandangan indah dari atas hotel Niagara, Parapat
Selepas menunggu hampir setengah jam akhirnya makanan yang kami pesan pun sampai. Sedap juga nasi goreng dia ditambah pula dengan keropok dan sepotong telur dadar.
Sempat merakamkan gambar sebelum bertolak ke Parapat.
Pemandangan biasa penunggang motorsikal(speda) di sini.
SpongeBob di temui di kota Medan!
Perjalanan dari kota Medan menuju Parapat selama lebih 4 jam menjanjikan cabaran yang tersendiri. Dengan keadaan jalan yang tidak begitu baik aku memerhatikan keadaan sekeliling sambil merakamkan gambar2 yg menarik dari kaca mata aku.
Masjid Al Ikhlas di Perkebunan Nusantara yang kami singgah utk solat Jumaat.
Van wokswagen model lama yg masih lagi digunakan
Singgah makan tengah hari di restoran minang di Permatang Siantar
Lauk-pauk yg berkonsepkan minang untuk hidangan tengah hari
Perjalanan ke Parapat yang jauh dan meletihkan membuatkan aku terlena seketika. Sebaik terjaga aku dapati pemandangan indah dari pinggir tasik danau toba. Keadaan cuaca kelihatan mendung dan suhu pula agak dingin membuatkan aku semakin teruja.
Tiba di Hotel Niagara kira2 jam 4 pm w.i.b. Sementara menunggu untuk check in, aku meninjau2 keadaan sekeliling. Permandangan tasik Danau Toba dari hotel ini memang sangat cantik dan mempersonakan.
Pemandangan indah dari atas hotel Niagara, Parapat
Keletihan yang membelenggu tidak dapat dibendung lagi. Lepas check in kami pun bersihkan diri dan berehat.
bersambung....
0 comments:
Post a Comment