Friday, April 7, 2017

Percutian Di Yogyakarta - Day 1 (31/03/2017)

Assalamualaikum...wbt,

Alhamdulillah,...kami baru sahaja pulang dari percutian di kotaraya seni Jogjakarta selama 6 harha ti 5 malam. Percutian ala-backpacker nie seramai 4 orang, saya, wife, kawan kerja wife serta anaknya. Saya kira trip kali nie agak mencabar memandangkan kami tidak menggunakan khidmat tour guide. Itinerary saya plan sendiri berpandukan research dan blog2 di internet. Saya akan cuba detailkan segala perbelanjaan sepanjang percutian kali ini. Moga bermanfaat jika korang plan nak ke sini.

Blanje gambar dulu. Dalam flight sblm berlepas.
Tiket flight kami dah tempah Julai 2016 lagi, dapat harga RM 198 return. Murah kan? harga biasa RM 398 return flight. Nak tiket murah kena la book awal2. Kitorang dapat seat no.3 dari depan, dekat skit dengan pintu masuk. he he hee...Member lg 2 org lagi laa, duk depan sekali, duduk sebelah dengan menteri Dato S dan para rombongan nya.
        Flight spatutnya pkl 3.55ptg tp delay sampai pkl 5ptg.  X pasti mungkn sbb cuaca kot. Perjalanan mngambil masa 2 jam. Sampai Adisucipto Airport jam 6.05ptg waktu tempatan. Tp cuaca dh mcm 7.30 mlm kat malaysia. Sampai je terus whatssp pak hadi utk kereta sewa yg kitorg dah book awal. Rate sewa kereta Rp250k lebih kurg Rm80. Sewa 5 hari dpt diskaun lg Rp50k...yehaa!!
          Dpt je kereta kitorg terus gi check in Hotel 1001 Malam kat jln Malioboro. Sblm tu singgah beli kartu Telkomsel Simpati Rp90k. Data 1Gb utk 30hari. Menurut  research kartu nie coverage plg luas kat sini. Perjalanan kami ke hotel diiringi hujan renyai. Hotel 1001 Malam terletak di satu lorong yg mana ada byk hotel2 lain di situ. So tiada tempat utk parkir kereta. So parkir di tepi jalan yg berhampiran dan dikenakn bayaran Rp40k sehari.

Lepak jap depan bilik lepas letak beg.



Lepas letak beg, kitorang terus kluar cari makanan. Makan malam utk 2 org Rp49k. Menu mlm tu nasi+ayam+jus oren dan nasi+tempe+tahu+es teh. Lepas isi perut terus masuk bilik dan berehat. 
         
Day 2 - Sabtu 1/4/17

Bangun seawal 6pagi. Nak tunggu breakfast hotel 7.30 br ada. So bancuh air sendiri dulu.

Pagi pertama sy sarapan pinaple pancake wt choclate + orange juice. 
posing dulu sblm mkn

lepak jap lepas sarapan
belek2 majalah
Di pintu masuk hotel
motor vespa sbg hiasan dlman hotel. menarik
Pemandangn tingkat atas hotel

Dalam pkl 8.10 pagi kitorang terus check out. Plan harini nk ke Borobudur dan Punthuk Setumbu ,sebelum ke Dieng utk check in hotel di sana.

bersambung....
Share:

0 comments:

Post a Comment