Tuesday, December 7, 2010

Jalan-jalan Kuala Kangsar

Assalamualaikum,


Sabtu lepas(4 Dec 2010) aku,wife dan parents aku pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri jemputan kenduri di sana. Bertolak dari rumah lepas subuh kira-kira jam 6.45 pagi meredah kesejukan pagi. Emak sempat goreng karipap dan bihun goreng untuk bekalan di tengah perjalanan. Sebelum masuk highway Bukit Raja singgah isi minyak di Petronas dulu. Isi RM50 cukup rasanya sampai ke Kuala Kangsar. Perjalanan lancar tanpa ada masalah. Dalam perjalanan cuaca agak mendung dan kadang-kala hujan renyai-renyai. Aku suka bila berjalan jauh dalam cuaca macam ini, sejuk...Enjin kereta pun maintain tak panas sangat.




Perjalanan meredah gerimis dan kesejukan pagi di tengah highway


Dalam perjalanan ada pulak yang tak tahan nak terkucil. Jadi berenti la sekejap di pam minyak Petronas di Damansara. Dah selesai melepaskan apa yang patut, aku pun meneruskan perjalanan ke destinasi. Dalam perjalanan hujan turun renyai-renyai. Ada juga ternampak sekumpulan geng bermotor besar memotong kereta yang aku bawa. Dalam hati beli motor besar mahal-mahal kalo hujan kena berteduh bawah jambatan juga. Tak lama selepas tu hujan yang tadinya renyai jadi makin lebat. Tidak lama lepas tu jugak aku ternampak geng2 motor tadi berteduh bawah jambatan. Fuhh...masin juga mulut aku ni.




Hujan gerimis menemani perjalanan kami.


Tengok jam pukul 9.40 pagi. Perut dah rasa lapar pulak. Tambah time hujan2 mcm ni. Ingat nak singgah kat hentian sebelah yang sebelum exit ke Tapah tu. Bila dah masuk tengok penuh pulak pondok2 yang ada kat situ. Mungkin sebab hujan lebat kot ramai berenti kan kereta lepak tunggu hujan berenti. Tengok ramai sangat orang aku terus je ,ingat nak singgah kat RnR Tapah je..besar sikit. Jalan ke depan lagi dalam 30km kot. Sesampai je kat RnR tapah pun sama jgak...,ramai giler orang! Last2 sbb perut dah lapar sgt parking je dekat pam minyak tepi tu ,makan dalam kereta je.




Air terjun Lata Kinjang dilihat dari highway


Lepas exit Tapah sebelah kanan jalan aku nampak air terjun Lata Kinjang 7 tingkat yang tersohor tu. Ingat nak singgah tapi tidak tahu pula jalan hendak ke sana. Lain kali je lah. Lagi pun hujan-hujan ni bahaya skit pergi air terjun.




Alhamdulillah, sampai jgak aku kat koale kangso nie yek(pelat perak..)




Pintu gerbang menghala ke Kuala Kangsar



Deretan kedai di pekan Kuala Kangsar. Bangunan lama mcm pekan koboi.




Di hadapan Masjid Ubudiah yang femes diseantero negara




Muiz bergayut di muncung meriam. Nasib baik takde peluru.




Bantal kekabu utk keselesaan tidur anda. Aku sebat 2 biji besar dan 2 biji kecil. Mak rembat 4 biji dan 1 bantal peluk!





Rambang mata tengok barang-barang kraf yang murah kat sini. Tikar bulat tu mak beli 2 keping.


Mari-mari tudung saji murah! Kat kl dua kali ganda harga sini.




Bubu ikan yg sudah lama dicari2 abah. Nak beli tapi kereta tak muat sbb bonet dah penuh bantal.Lain kali ye abah.




Abah memerhati pemancing2 di tepi Sg Perak. Teringin nak join ke?




Di tepian sungai perak. Sempat lagi bergambar tu.




Bot tambang yang membawa penumpang ke tebing satu lagi.




Menikmati cendol dan laksa utara di tepi Sg Perak. Best!


Jalan2 di bazar Kuala Kangsar




Agro bazar di RnR Tapah menghala ke KL



Perjalanan balik langit masih lagi mendung serta hujan gerimis yang mulai turun. Alhamdulillah perjalanan masih lagi lancar. Sebelum sampai rumah singgah dekat satu warung makan tepi jalan. Sedang leka menunggu makanan yang diorder sampai tetiba nampak asap kuar dari enjin depan kereta. Temperature naik sampai 100c! Bawak jgak pelan2 sampai rumah, nasib baik dah dekat. Sampai rumah kira-kira jam 9 malam. Esoknya hantar bengkel dekat Rm500 habis ganti motor kipas + cover radiator+coolent. Kopak duit den.







Share:

0 comments:

Post a Comment