Monday, December 27, 2010

Jalan-jalan Chow kit, KL

Tahun nie (25~26/12/2010) aku sambut Krismas dekat Chow Kit, KL. Sebenarnya tidak rancang pun, memandangkan hendak melawat nenek wife aku yang sakit di hospital KL aku pun ambil keputusan bermalam di sini. Dapat juga melihat-lihat sekitar kawasan Chow kit serta kerenah orang-orang di sini. Di sini aku bermalam di Adamson Hotel. Sewanya RM95 per malam beserta sarapan pagi. Kemudahan hotel keseluruhannya memuaskan, ada 2 katil, TV astro, peti sejuk dan sebagainya.



Di hadapan pintu masuk hotel


Pemandangan hotel dari belakang



Jalan Hj.Hussein di belakang Adamson Hotel

Malam pertama iaitu malam menjelang Krismas, aku dan wife berjalan-jalan sekitar Jalan Raja Bot. Terdapat banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan seperti cermin mata,tali pinggang, dompet, bag dsb. Tidak kurang juga gerai-gerai makan dan restoran. Di sini aku perhatikan banyak gerai makan dan restoran yang bercirikan minang. Menu utama mereka tentunya nasi padang dan satay padang. Mungkin pemilik restoran ini berketurunan minang dari seberang selat kita. Di bahagian hujung jalan nie, ada pasar malam pula. Dalam suasana malam yang semakin larut aku tengok makin ramai pula orang berkunjung ke pasar malam di Jln Raja Bot ini.






Pemandangan pagi di belakang Hotel Adamson






Kedai kasut-kasut terpakai di jalan Hj.Hussein


Restoran masakan minang yg terdapat di sini.




Sekian dulu entry kali ini. Sampai jumpa lagi!
Share:

0 comments:

Post a Comment