Sunday, August 1, 2010

Jalan-jalan Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah, 31/07/2010 lepas aku dan family sekeluarga bercuti di Port Dickson. Percutian tidak lama dua hari satu malam sahaja. Bertolak dari rumah 8.30pagi, sampai ke destinasi kira2 jam 11 pagi. Lambat sampai bukan apa ,mencari resort yg ditempah tak jumpa2. Kitorang menyewa di Cocobay Resort dgn bayaran RM250 semalam. Apartment ada 3 bilik tidur 2 bilik air siap dapur semua. Puas hati juga lah. Sebenarnya percutian ni bersempena ulang tahun perkahwinan saya dan isteri yg ke-3. Saje bawa family sekali, lebih ramai lagi seronok kan.




Gelagat anak2 buah sebaik tiba di apartment yg disewa



Pantai Purnama di belakang resort




Layan aiskrim tgh2 panas syok jgak



Hotel-hotel di pinggir pantai



Pemandangan senja di Teluk Kemang



Lain-lain gambar yang sempat dirakamkn semasa di Port Dickson



Enjoy juga percutian kali ini walaupun tidak byk aktiviti dibuat. Masa kat PD aktiviti tak byk, cuma jln2 tepi pantai sampai petang. Pastu jalan2 kat pasar malam di pekan PD. Besar jgak pasar malam sini. Dah puas berjalan baru balik ke resort. Esok nya pagi-pagi dah keluar layan abah memancing. Walaupun tak dapat apa2 hasil selain penat ,tapi ok laa dpt tgk pemandangan pantai yg cantik. Yang penting tenang dapat tenangkan sikit kepala ,lari dari hiruk-pikuk kerja yang tiada kesudahan. Sblm bertolak balik sempat lagi mandi-manda di kolam mandi yg disediakan resort. Layan budak2 main air je. Petang dalam pukul 3 ptg kami pun bertolak balik. Sebelum malam dah sampai rumah dah. Ada masa akan datang lagi ke PD. Minat ngan Avillion Resort yg kat atas air tu. InsyaAllah ada rezeki nanti sampai la ke sana. Wassalam.




Share:

0 comments:

Post a Comment