Perjalanan dari Magelang ke Dieng mengambil masa kira-kira 3 jam. Sebaik keluar dari Candi Borobudur, kitorang singgah makan di gerai berhampiran. Gerai nie masih lg di dalam kawasan wisata Borobudur.
Makan di sini ok, masalahnya terlalu ramai penjaja-penjaja jalanan yg menawarkan barangan jualan mereka. Ada juga pemusik jalanan yg meminta sedekah dengan alunan musik mereka. Kos makan di sini utk saya dan wife Rp49k.
Makan di sini ok, masalahnya terlalu ramai penjaja-penjaja jalanan yg menawarkan barangan jualan mereka. Ada juga pemusik jalanan yg meminta sedekah dengan alunan musik mereka. Kos makan di sini utk saya dan wife Rp49k.
Isi perut lepas turun dari candi. Masa nie ramai penjaja menawarkan barang jualan mereka. |
Sawah padi di sepanjang perjalanan ke Dieng. |
Sepanjang perjalanan kebanyakannya jalan yang mendaki bukit. Agak banyak juga kereta dan lori melalui jalan itu ke arah yang sama. Ada juga beberapa kereta yang berhenti di tepi jalan sambil menyalakan 'double signal', mungkin ada masalah enjin atau kereta yang tidak kuat untuk mendaki bukit. Kami tiba di pekan Dieng sekitar jam 9.30 malam. Sebaik memasuki pekan Dieng, suasana agak meriah, ramai orang-orang berjalan2 ,ada juga yang memanggil-manggil untuk menawarkan hotel. Sambil melihat kawasan sekeliling, akhirnya saya check in Hotel Batu Kilir dengan bayaran Rp200k semalam termasuk makan tgh hari keesokan harinya. Harga asal yg di minta sebenarnya Rp 250k, namun dgn skil tawar menawar yang ada berjaya mendapat diskaun Rp50k....he hee hee.
Lepas masuk ke hotel dan mandi membersihkan badan, kitorang bancuh air teh-O dan masak maggi dengan air panas. Sambil minum sempat bersembang-sembang dengan mas Adi orang tempatan yang merupakan staf di hotel tersebut. Sembang punya sembang sampai lah jam 11.00 malam baru lah saya masuk ke bilik untuk tidur. Sepatutnya tidur awal sebab kena bangun awal keesokkan paginya untuk aktiviti mengejar sunrise.
0 comments:
Post a Comment