Friday, December 25, 2015

Mendaki Puncak Broga

Minggu lepas saya dan isteri telah mendaki bukit Broga yg terletak di Semenyih, Selangor. Dah lama bercadang utk ke sana, baru last week ada kelapangan.
          Bertolak seawal jam 6.45pagi dari telok pg garang, melalui SKVE dan tiba sekitar jam 7.40pagi. Waktu itu parking sudah hampir penuh, dan org ramai sedang berpusu2 masuk ke kawasan pendakian. Dalam masa yg sama ramai juga yg sedang menuruni  bukit. Mungkin mereka telah dtg lebih awal utk melihat matahari terbit.
          Memandangkan saya dan isteri jarang melakukan aktiviti lasak spt ini, agak semput juga rasanya. Namun berkat semangat kesukanan yg tinggi Ahamdulillah, akhir nya sampai juga ke puncak bukit broga walaupun byk kali berhenti yg melepaskan lelah.
Di puncak pertama.
 
 
Bergambar sambil menghilangkan penat

Pendaki amatur seperti kami ambil masa hampir sejam untuk sampai ke puncak. Bagi yg sudah biasa dan fit mungkin dalam 30minit  shj utk sampai ke puncak.

Bila sampai puncak. 
 
Tak tahu berapa kilo hilang naik Broga nie.

Bila datang hari minggu atau cuti umum memang ramai org beriadah di sini. Penuh sesak macam shopping mall. Nak parking pun susah jika lewat sampai. Satu perkembangan yang baik jgak bila ramai orang terlibat dengan aktiviti sihat macam ni. Tapi satu je nak pesan, harap bawa turun lah sampah sarap bekas2 makanan korang jika datang ke sini. Sama lah kita jaga kebersihan dan keindahan alam sekitar kita untuk generasi akan datang. Adios!
 
Share:

0 comments:

Post a Comment