Saturday, August 15, 2015

Bercuti Di Krabi (2hb - 5hb Aug 2015)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kpd Allah...2hb Ogos 2015 yg lepas kami memulakan perjalanan percutian kami ke Krabi seperti yg dirancang. Percutian kali ini selama 4 hari 3 malam dan disertai 9 orang menaiki kapal terbang Airasia jam 4.35ptg.


Masing2 muka excited memandangkan pertama kali ke Krabi.

 Penerbangan memakan masa kira-kira 1jam 30minit utk sampai ke Airport Krabi. Percutian kami jenis 'backpackers style' kira takde ambil apa-apa pakej. Berjalan mengikut panduan dari blog2 yg ada di internet je. So, sesampai je kitorang kat airport, kitorang pun carilah van sewa utk bawa rombongan ni ke pantai Ao Nang iaitu lokasi hotel yg telah kami tempah. Kami menginap di Aonang Smile Hotel sepanjang percutian kami.
 

 Van yang membawa kami dari Airport Krabi ke hotel di Ao Nang.

            Sesampai je kitorang terus ke kaunter utk register dan check in hotel. Waktu tu jam lebih kurang 6.40ptg. Lepas solat, kemas2 barang skit baru kitorg turun cari makanan. Perut pun dah lapar nie.
            Malam tu kami makan malam di sebuah gerai muslim tidak jauh dari hotel. Saya order nasi goreng tomyam. Harga dlm Rm10 sepinggan. Agak mahal sikit tapi rasanya sangatlah sedap. Kat Krabi nie restoran/gerai makanan halal memang banyak. So tak perlu risau tentang makan. Cuma harganya shj ,biasalah kawasan pelancongan kan.

            Lepas makan malam, kitorang jalan2 sekitar hotel dan survey2 harga pakej utk ke pulau2 di Krabi. Kitorang ambik pakej 5 pulau termasuk Phi phi island dengan bayaran RM90/per person. So, esok pagi van akan datang jemput kami di depan hotel.



Banana Nutella pancake yg banyak dijual di Krabi.


 Menaiki 'tuk tuk' untuk mencari sarapan pagi sekitar kawasan hotel.


Sarapan dulu sebelum naik bot. 50bath. Sedap mcm nasi beriani.

 Menaiki bas untuk ke tepi pantai sblm menaiki bot. Agak antik bas nie.

Nie lah bot yg kitorang naik utk ke pulau2.

Jangan cakap abang tak payung. Lupa pulau ape ntah.

Buai laju-laju sampai cucur atap. Apa dalam baju hati saya utk awak. He hee..


 Berehat di lobby hotel.

Hari ke-3 kitorang sewa motorsikal ramai2, berkonvoi ke Emerald Pool yg femes tu. Setelah sedikit research dibuat, kitorang pun gamble je ke sana. Perjalanan agak jauh hampir 2 jam menaiki motor dengan jarak perjalanan kira2 75km...Emeral Pool ada sebuah kolam semulajadi yg sangat cantik dan jernih. Ianya  terbentuk dari mata air di kawasan berhampiran dan bertakung sehingga menjadi sebuah kolam air.


Sebelum gerak ke Emerald Pool. Pepehal minyak kasi full tank dulu.


Singgah bertanya jalan. Bila tanya mcm ayam-itik. Korang pahamkn maksud aku..huhu


Alhamdulillah, sampai jgak. Ape lagi, kecebushh laaa....Emerald pool.


Korang tengok air dia. Jernih giler!


Blruuppp!!

Dari Emerald Pool  jika korang berjalan naik ke atas lagi lebih-kurang 2km, akan jumpa pula Blue Pool. Kolam nie sebuah lagi kolam air semula jadi yg berwarna biru dan dikatakan agak keras. Akan tetapi tidak dibenarkan mandi di sini, hanya datang untuk bergambar dan menikmati keindahan ciptaan Allah secara live. Subhanallah.


Bergambar di Blue Pool.

Di hadapan pintu masuk ke Emerald pool. Ada gerai2 menjual makanan ringan.
 Kereta sewa kat bekalag tu byk terdapat di sini.

 Makan malam di gerai2 tepi jalan. Nasi goreng tomyam super yummy!

Jalan2 cuci mata




Share:

0 comments:

Post a Comment