Fenomena makanan terbaru yang melanda Malaysia sekarang dan semakin menular ke seantero malaya iaitu Durian Crepe. Ye para pengemar durian pasti amat mengemari durian crepe ini. Maklumlah sekarang ni kan musim durian. Di mana-mana je ada orang jual durian. Namun sampai sekarang masih tidak diketahui siapa pencipta resepi durian crepe ni sehingga menjadi fenomena dan kegilaan ramai seperti lagu Gangnam Style tu.Malah muncul pula pelbagai versi buah-buahan yang di'crepe'kan seperti pisang, mangga, epal, strawberi dan bermacam lagi buah-buahan.
Durian crepe yang menggiurkan.
Lantas dengan perasaan ingin tahu aku dan wife pun mula meng'google' resepi durian crepe untuk kami cuba sendiri. Bermacam-macam versi resepi dan adunan yang kami temui di internet. Akhirnya satu resepi dipilih dan aku pun mula mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi yang kami cuba menggunakan 7 jenis tepung
Watak utama dalam resepi ini iaitu Durian D24
Nantikan hasilnya nanti :)
0 comments:
Post a Comment