Saturday, November 6, 2010

Jalan-jalan Cameron



Korang pernah pergi ke cameron highland? Alhamdulillah, hari minggu yg lepas dapat jgak aku menjejakkn kaki ke sana. Letih jgak drive dgn kereta 4 jam lebih utk sampai ke destinasi. Keluar dari rumah pkul 7.30 pagi ikut highway NKVE dari Tol bukit raja. Exit melalui tol Tapah pastu ikut jalan kampung untuk sampai ke Tanah Rata mengambil masa kira-kira 2 jam. Jalan yang bengkang-bengkok macam ular kena palu agak mencabar pemanduan.



Jalan menghala ke Cameron Highland



Kiri kanan jalan hutan tebal tanpa ada lampu jalan. Sesekali terserempak dgn penduduk org asli berjalan kaki di sisi jalan.



Perkampungan orang asli




Papan tanda sblm sampai ke destinasi





Hmm, kalo datang hari minggu mcm ni lah. Jemm!!Damn...ingat nak lari dari hiruk-pikuk kesesakan lalu lintas kat bandar. Rupa nya kat sini pun sama. Sabo jelah. Dekat setengah jam jugak la sangkut.


Kebun sayur di lereng bukit






Kalau tanam sendiri kat belakang rumah ok jgak ni



Memula kitorang pergi melawat ladang sayur. Kat situ jgak ada ladang strawberi, tomato , kaktus, bunga2. Lepak jap kat bangku tempat duduk atas tu, ambik2 gambar pastu jalan2 tempat lain plak. Mak sempat jgak beli sayur segar kat situ.





Berposing berlatarkan ladang sayur




Rambang mata tgk bunga kat sini







Amik gambar dgn wife




Mak dan mak tam



Pak Tam n Mak Tam turun dari Johor utk dtg ke Cameron Highland





Alamak!..,kaktus yg tengah tu terlebih baja ke??





Rambang mata tgk kaktus kat sini


Ini kaktus bunga di atas. Kaktus pakai tonchet







Kedai menjual cenderamata





Lepas tu pergi jln2 plak dekat pekan Brinchang. Kebetulan ada pasar malam minggu dekat situ. Mmg ramai org jual sayur kat sini. Tgk kaktus mini pun ada jgak jual tp murah skit berbanding dekat kaktus valley td. RM10 dapat 7 pokok berbanding 6 pokok kat sana.







Hari tu berapa kilo turun agaknya ye :)



Lepak2 jap tgk jam dah pkul 5.00 ptg. Dah tu pulak awan mendung dan rintik2 hujan mula jatuh ke bwh. So, tak tunggu lama aku dan keluarga pun bertolak balik. Ingat nak singgah ladang teh pun dah tak sempat. Nak lepas jalan hutan tu sebelum gelap.





Tebalnya kabus!! Bawak kereta pun kena slow cam kura2







Dalam perjalanan balik hujan gerimis turun dgn keadaan jalan yg berliku memaksa aku memandu kereta dgn amat perlahan. Ditambah pulak dengan kabus tebal menghalang padangan aku sehingga jarak 10m shj!




Hujan turun sepanjang perjalanan balik






Keindahan alam semulajadi yg takde kat tempat aku



Nasib baik makin turun ke bawah keadaan semakin cerah. Singgah di R&R Tapah utk makan dan sembahyang pukul 6.30 ptg sambil menghilangkan penat. Lepas maghrib hujan masih tak berhenti, sebaliknya menjadi semakin lebat. Walaupun penat tetapi seronok juga sbb pertama kali pergi ke sana. InsyaAllah, ada masa sampai lagi ke tanah tinggi Cameron Highland. Tak puas pulak rasanya dengan perjalanan dalam masa singkat ini.






Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment