Monday, May 15, 2017

Percutian Di Yogyakarta - Day 3 part 2 (2/04/2017)


Pagi di daerah Dieng sangat indah. Suhu yang agak sejuk pada awalnya, dan kesejukan itu semakin berkurang sejajar dengan terbitnya matahari terbit. Selesai bersarapan mengalas perut, kitorang terus begerak ke Batu Ratapan Angin yang terletak tidak berapa jauh dari base camp.

Dari atas puncak berlatar belakangkan telaga warna dan tasik Pengilon yang unik kat belakang tu.

 Perasan tak tasik tu kaler dia tak sama. Yang sebelah tu Telaga Warna yang boleh bertukar2 warna mengikut musim.
Ambik gambar dengan burung hantu.
Setelah puas menikmati pemandangan di sini, kami pun segera pulang ke hotel untuk check out sebelum pukul 12. Sebelum pulang pihak hotel ada menyediakan makan tengah hari untuk kami. Makan nasi berlauk tau. Kebetulan tengah hari tu hujan turun agak lebat. Cuaca memang sejuk dan perut pun agak lapar.
  Nasi putih+ayam masak kicap+sayur campur+sambal tempe = kenyang. Termasuk pakej penginapan hotel.

Selesai makan tengah hari kami lepak sekejap menunggu hujan reda. Sempat lagi bancuh teh o panas sambil memerhatikan hujan yang turun dari dalam hotel.
 Di dalam hotel. Bukan hotel, homestay rupenya...hehe

Kira-kira jam 2.00 petang, hujan pun dah reda walaupun cuaca masih agak mendung. Tanpa berlengah lagi kami pun bergerak dari Dieng menuju ke destinasi seterusnya iaitu Magelang.  
Perjalanan sepatutnya mengambil masa dalam 3 jam sama seperti semalamnya.



Share:

0 comments:

Post a Comment